Wednesday, 10 August 2011

Kisah Kepimpinan


KIsah Al Izz Bin Abdussalam dan Sultan Mesir

Al kisah pada pagi suatu hari raya, Sultan Mesir telah keluar bersama pengiring-pengiringnya yang agak ramai.  Para pengawal keselamatan pula berbaris di kiri kanan jalan juga dengan jumlah yang ramai.Para pembesar pula merendahkan diri di hadapannya sebagai tanda penghormatan.

                                                    

Al Izz bin Abdussalam menyaksikan semua keadaan tersebut.



Kemudian Al Izz bin Abdussalam sebagai sebagai penghulu semua ulama telah memanggil Sultan, “Wahai Ayyub ! Apakah alasanmu di hadapan Allah SWT kelak ketika dia bertanya kepadamu,”Bukankah Aku yang telah menjadikanmu sebagai raja di Mesir ? Namun, mengapa kamu membenarkan adanya perbuatan meminum arak ?’



Sultan menjawab,”Adakah perkara begitu berlaku ?”



Al Izz berkata, “Ya,, di tempat ini. Dan itu,terdapat sebuah kedai yang menjual minuman keras !”



Sultan berkata, “Wahai tuan ! itu bukan perbuatan aku tetapi sudah berlaku sejak zaman bapa aku berkuasa.”



Al Izz pun menggelenggkan kepalanya seraya berkata, “Kamu seperti orang-orang yang pernah menyatakan,” Sesungguhnya kami melihat bapa-bapa kami melakukan hal yang seperti itu.”



Selepas itu, Sultan Ayyub  terus mengeluarkan  peraturan yang memerintahkan penutupan kedai-kedai yang menjual minuman keras dan melarang semua jenis minuman keras di Mesir.



Berita tersebut tersebar luas di kalangan rakyat.Ketika Al Izz kembali ke majlis pengajiannya, salah seorang muridnya menghampiri dan bertanya, “Wahai Tuan Guru! Apakah yang tuan fikirkan ketika berada di hadapan Sultan ketika itu?’



Al Izz menjawab,”Wahai anakku ! Saat aku melihatnya (Sultan Ayyub) dalam keagungan dan kebesaran seperti itu, terselit dalam hatiku untuk menghinakannya.Dengan harapan supaya dia tidak larut dalam kesombongan dan keangkuhan.Sebabnya, hal itu akan merugikan dan menyeksakan dirinya sendiri.”



Muridnya bertanya lagi,” Adakah tuan guru tidak takut kepadanya?”



Al Izz menjawab,”Demi Allah, wahai anakku !Aku menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT dalam diriku, sehingga aku melihat sultan itu bagaikan seekor kucing.”



(Petikan dari buku “Detik-detik Penuh Makna”  oleh Abdul Malik  Al Qasim)

No comments:

Post a Comment