Hari ni cg menanda kertas PP1 untuk pelajar lower 6...Exam yang pertama untuk mereka bila dah masuk form 6.....hasilnya 2 pelajar dapat 0 markah...paling tinggi 6o markah.....Kenapa jadi begini ? Sedangkan dalam kelas semua mengangguk faham...
Pertama, anda terlalu mudah membuat kesimpulan awal bahawa anda sudah faham segala-galanya sedangkan bila anda turun ke gelanggang sebenar, barulah anda sedar tinggi rendahnya langit itu..Nasihat cg jangan permudahkan begitu..ANDA TIDAK FAHAM SEHINGGALAH ANDA DAPAT MENTERJEMAHKAN APA ANDA FAHAM DI ATAS SEHELAI KERTAS JAWAPAN...oleh itu sedarlah dan belajarlah dari pengalaman pertama ini.
Kedua, sudahkan anda melihat-lihat kertas soalan PP..maksud cg soalan-soalan tahun2 sebelumnya ??Kalau belum..pi la tengok2 sat...dan keluarkan kata-kata ini,"Oooo mcm ni rupanya soalan PP..baru aku tau....
Ketiga...dalam kelas tunjukkan respon pembelajaran pd cg...muka yg tak faham macamana...muka yg faham macamana....kitakan pelajar dewasa...tunjukkan kematangan kita...janganlah bersikap seperti menunggu orang suap je....fokus penting..
Ke 4....nota-nota ringkas dah buat ????Ingat exam ni exam bertulis..kena banyak menulis sehingga kita dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik...berhujah secara bertulis.....
Selamat berjaya untuk exam akhir tahun nanti.....gud lak!
No comments:
Post a Comment