Saturday 6 August 2011

Bagaimana ia bermula ??

Setelah penat memberi bimbingan dan motivasi kepada pelajar-pelajar STPM untuk paper Pengajian Perniagaan 946/1...sering pelajar bertanya...cikgu ada blog tak ??..jawab ringkasku.."takde"...FB ada le...dan itulah pertanyaan yg sering diajukan..bukan apa...aku jarang dan tak suka mengadap komputer2 lama..itu penyakit lama..tp bila diikuti dengan perkembangan semasa nampaknya aku terpaksa mengikut peredaran zaman...timbul pulak persoalan..kenapa depa beria-ia nakkan blog aku..baca fb sudahlah...ada yg kata mungkin nak tengok soalan ramalan kut....kemudian aku pergi dengan lebih jauh lagi..meninjau-ninjau blog yg berkaitan subjek yg aku ajar ini...rupa-rupanya banyak yg telah mendahului aku dengan maklumat2 yg diperlukan untuk persiapan exam...
Lantas, aku minta anak dara bongsu aku yg rajin bebenor utk berblog..tolong ajar abah...diketawakan pulak oleh anak dara aku yg tua...apala bah ???tercabar rasanya...ko diam lah...itula anak2..depa ketawakan kita sebab tak ikut peredaran zaman.....nanti la..bila bapak ko dah advance nanti..siap kome....tapi sebenarnya zaman IT ni dah tak terkejar dah....terlalu pantas...ingat saja satu ceramah yg diberikan..kesimpulanya "siapa yang mempunyai maklumat..dia akan menang dalam persaingan ini"  aku gagahi jua.....

No comments:

Post a Comment