Tokoh pemimpin islam (Sultan Muhammad Al-Fatih)
Pernahkah korang membaca atau mengetahui kisah agung yg benar ini?? aku sudah banyak kali mendengarnya tapi hanya kias2 sahaja, mungkin sebab tidak berminat mengenai perjuangan islam dahulunya, namun selepas aku mengikut busu aku berjumpa dengan rakannya seorang pembantu peribadi PM Malaysia, Dato Najib Razak, (kawan busu aku la die ni) die menceritakan pengalamannya ke Turki yang mana kisah benar ini telah diceritakan dengan lebih tepat dan benar oleh penduduk Istanbul sendiri dan dibantu sedikit dengan maklumat2 mengenai kisah ini di laman2 web yang berkaitan, aku menjadi tertarik untuk berkongsi kisah kejayaan pemimpin Islam ini.
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)Constantinople adalah sebuah negara yg kini dikenali sebagai Istanbul (Turki) yg mempunyai kedudukan geografi yg sangat menarik dan strategik. Ia dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas. Dengan kebijaksanaan pemimpinnya yg meletakkan rantai gergasi di pintu masuk utama kota Constantinople, ia membuatkan banyak kapal yg ingin menyerang kota itu musnah di tengah lautan.
Rantai gergasi yg dletakkan di pintu utama, kini di paparkan di sebuah muzium di Istanbul |
Sewaktu menggali parit ketika perang Khandak, Nabi telah bersabda bahawa pada suatu hari nanti kota Constantinople akan jatuh ke tangan pemimpin Islam yg mana rajanya adalah sebaik-baik raja dan pengikutnya adalah sebaik2 pengikut. Oleh kerana sabda itu, ramai pemimpin2 islam yg cuba untuk menakhluk kota itu untuk mendapatkan penghormatan yg diucapkan oleh baginda itu antaranya 5 pemimpin di zaman Kerajaan Umayyah, 1 pemimpin di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 pemimpin di zaman Kerajaan Usmaniyah.Namun tidak ada satu pun yg berjaya menakhluk Kota itu.
Di dalam salah sebuah kepimpinan semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Namun selepas hampir 800 tahun muncullah seorang pemimpin yg bakal menerima penghormatan yg telah dibicarakan oleh Rasulullah S.A.W yg mana beliau berjaya menakhluk Kota ini hanya dengan 250 000 tenteranya sahaja.Beliau ialah sultan Muhammad al-Fatih.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
Ayahanda beliau,Sultan Murad II, pernah mencuba untuk menakhluk kota ini, namun ianya juga tidak berjaya. sewaktu didalam kapal, beliau membawa sekali anaknya namun anaknya(sultan muhammad al fatih) masih lagi kecil dan berada didalam buaian. ayahanda beliau juga membawa seorang tabib dan tabib iu pun berkata bahawa beliau tidak akan mampu untuk menakhluk kota tersebut..
namun, satu hari nanti anak kecil ini lah yang akan menakhluk kota tersebut, sambil menunjukkan sultan muhammad al-Fatih yg berada didalam buaian. Selepas beperang hampir beberapa hari, ternyata tekaan itu benar, ayahandanya pun berundur, lantas ketika sultan Muhammad al Fatih berusia 19 tahun, beliau telah dilantik menjadi sultan.
Baginda mengambil masa selapa 2 tahun untuk mengkaji tentang kota tersebut, dan selepas 2 tahun baginda pun membuat persiapan untuk menakluk kota tersebut.
Beliau telah memilih tenteranya antara yang terbaik sekali iaitu dengan menanyakan siapa yg tidak meninggalkan solat lima waktu dan tahajjud sahaja yg layak untuk mengikutnya pergi menakhluk kota, dan yg selebihnya ditinggalkan untuk menjaga kota.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 250,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Di awal Subuh 29 Mei itu, tentera pertama Usmaniah yang sangat bersemangat menyahut seruan Sultan adalah tentera menara bergerak dan pemanjat tangga ke dinding Konstantinopel.
Menurut Profesor Redzuan Othman, percubaan pasukan besar pertama ini meskipun mengalami kekalahan teruk dan angka kematian yang banyak, tetapi mereka telah berjaya mencapai objektif dan strategi Sultan iaitu untuk meningkatkan tahap keletihan tentera musuh dan menggandakan pelepasan jumlah peluru yang mereka ada.
Percubaan kedua menjadi lebih serius apabila dilakukan oleh pasukan rempuh lengkap berbaju besi oleh komando-komando dari unit Anatolian.Percubaan ini juga gagal dan memaksa tentera berundur.
Percubaan ketiga yang menghampiri waktu senja, tiba masanya Sultan menghantar tentera elit baginda, para pegawai keselamatannya, barisan pemanahnya, barisan berkuda dengan tombak serta 12,000 tentera Janissari untuk membuat rempuhan akhir di pintu paling lemah iaitu Topkapi.
Dengan izin Allah S.W.T, Konstantinopel berjaya dimasuki dan dipasakkan panji Usmaniah oleh Hassan Ulubate.
Akibat risau dengan peperangan ini, pemimpin kota ini telah meminta bantuan daripada kesatuan eropah yg mana mereka ini sebenarnya bertelagah kerana mempunyai persefahaman yg berlainan, namun kerana inginkan bantuan daripada mereka, beliau sanggup bermuka2 dan akhirnya eropah yg diketuai Pope di rome bersetuju untuk menghantar bantuan.
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.Beliau memikirkan kapal sultan al-Fateh telah karam dek rantai gergasi tersebut, namun sultan al-Fateh ada caranye tersendiri.
Keesokan paginya tentera al-Fatih cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
No comments:
Post a Comment