Monday, 14 November 2011

Rahsia panjang umur orang jepun

"Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?

Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.

Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dan sayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu. Ini bermakna, kita akan dapati para sentenari (centenarian = seratus tahun) banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungan sayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirin dan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitan salur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakit jantung. Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dan kurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalani kehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan seni pertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantu menguatkan tulang dan otot.

Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinya pula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000 orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yang mencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.

Makanan Yang Hampir Kepada Vegetarian

Jika anda pengamal makanan yang tinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya. Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari, lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikan dan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusu tetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.

Kesimpulannya, diet penduduk Okinawa adalah tinggi kandungan serat.

Kurang Makan

Motto paling popular mereka adalah “Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatan dengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.


Nenek berusia 102 tahun
Banyakkan Minum Air dan Teh

Penduduk Okinawa minum 12 gelas air sehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiap hari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 auns air bertapis setiap hari.

Kehidupan Yang Bebas Dari Stress

Penduduk Okinawa tidak berasa runsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkara yang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alam semulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dan sentiasa berpandangan positif.

Tanah di Okinawa

Tanah di Okinawa adalah sangat subur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanian yang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkan struktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur dan buah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasil bukan organik.


Sedang bercucuk tanam
Kajian Panjang Usia di Okinawa (KPUO) oleh Dr Suzuki, Pengarah Kumpulan Penyiasat Usia Panjang Okinawa mendapati mereka yang panjang usia di Okinawa memiliki tubuh yang ramping, wajah yang muda, bertenaga dan kadar penyakit jantung dan kanser yang rendah. Di dalam tahun 1995, jangka hayat penduduk Okinawa melepasi had usia di keseluruhan Jepun.

Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yang berusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. Penduduk Okinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun. Artikel seterusnya, sila klik ke sini

Rahsia Panjang Umur Masyarakat Okinawa, Jepun"

No comments:

Post a Comment