Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir
dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri
:
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke
atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
* Pemberian saham oleh
Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada
menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi
tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan
bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim
Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan
pengamal rasuah yang tersohor.
* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes
rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan
secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses
penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
* Penyiasatan lanjut ke atas
kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang
akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini
diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling
Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana
dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
*
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal
BMF.
*
* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200
juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid
Othman.
*
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas
Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
*
*
Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr
Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
*
* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos
RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara
detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang
dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan
ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan
lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang
rasuah. Persepsi rakyat:
*
* Mahkamah adalah sebuah institusi
‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan
oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah
Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni
BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi
wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari
tahun 1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan
kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat
UMNO, PWTC.
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat
(bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham
ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
* Pengambilalihan semula MAS oleh
kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
* Pengambilalihan
syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
*
Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan
penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang
menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
* Penyuntikan modal RM750 juta
kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik
Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
*
Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
*
Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
* Memaksa KWSP
membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
*
Memaksa Petronas membeli saham Proton.
* Memaksa Petronas mengambil alih
Litar Sepang.
* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah
RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
*
Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
* Pemilikan 200
syarikat oleh Mirzan Mahathir.
* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta
RM1b ketika berusia 28 tahun.
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam
pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad
Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan
akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan
kepentingan politik UMNO:
* Kes ISA seperti Operasi Lalang
(1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah
(2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor
(2002).
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng
(1999).
5. Menyekat kebebasan badan
penguatkuasa
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
*
Mengganggu penyiasatan BPR
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara,
dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada
kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes
seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan
menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya
projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
*
Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan
kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco
Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin
bersama VK Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat
menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut.
Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
* Campur tangan seorang
hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan
oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah
hakim-hakim.
* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
*
Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau
terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz
dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin
Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai
Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan
dana-dana awam
* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
*
Kerugian pelaburan Tabung Haji;
* Kerugian RM15b Bank Negara;
*
Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
*
Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
* Merancang
membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan penghinaan
ke atas sunnah-sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum
Tuhan;
* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan
ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
*
Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan
Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup
sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan
inilah maka saya berpandangan bahawa:
* Dr Mahathir Mohamad sepanjang
menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi
kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana
Menteri;
* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk
membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
* Dr
Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran
kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan
sebagainya;
* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk
mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman;
dan
* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi
rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak
istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian,
Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam
pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun
memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang
perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di
atas.-Tun Telanai
No comments:
Post a Comment