Wednesday 9 May 2012

Politik

190 DOSA BESAR UMNO

1. kes MITP 200juta
2. kes PKFZ 12500juta
3. kes Rumah Khir Toyo
4. kes Rumah Mewah Satay
5. kes Perwaja 2000juta
6. kes Bank Bumi 5000juta
7. kes Parlimen bumbong Bocoh
8. kes Pudu bumbong Bocoh
9. kes Stadium runtuh
10. kes kapal selam 500juta
11. kes biji tin Maminco 300juta
12. kes Bank Negara goreng forex 20000juta
13. kes MAS 8000juta
14. kes Altantuya
15. kes komissen SU30MKM 100juta
16. kes hospital shah alam 480juta
17. kes hospital pandan 500juta
18. kes Petro farm ke Brunei 300000juta
19. kes Taib tunai 3juta
20. kes polis pukul Anwar
21. kes MB Sabah hutang Casino 158juta
22. kes Bernas tak bayar cukai beras siam 60juta
23. kes 40juta utk rest house 10org exco S'gor
24. kes AP 60,000 kos 2400juta
25. kes Petronas tolong putra Mahathir MISC 1700juta
26. kes skandal Petronas tanah ampang 600juta
27. kes Polis ambik gambar nude Hamisa di jail Nov 2005
28. kes Nor Omah : org luar negeri tak suka, sila balik
29. kes MRR2 bocoh 70juta
30. kes Proton RM1 jual Agosta yg bernilai 300juta
31. kes KJ beli saham ECM Libra 9.2juta
32. kes jabatan Johor-S'pore 1100juta
33. kes kos membaiki Proton Perdana di Terengganu 1.17juta
34. kes bina Pusat Menteri Perdagangan selama 11tahun - 1000juta
35. kes membaiki sekolah RM30,000 jadi RM3,000- bukit kepong, muar
36. kes highway gomen bayar upah 38500juta, lebih drpd kos bina!!
37. kes
Hindu Rights Action Force, tempat sembahyang diruntuhkan
38. kes KWSP pakai 15juta utk beli sykt bernilai 700,000
39. kes mrr2 kos mambaiki 40juta jadi 70juta
40. kes kos bina dewen university 100juta
41. kes mb sarawak taib ambik kommissen 32juta
42. kes mb sarawak taib ambik tanah org asli
43. kes bumbong makamah KL bocoh
44. kes vincent tan & lingam beli hakim
45. kes ex-melaka MB rogol
46. kes Monsoon Cup & tengku adnan sykt korea 300juta
47. kes ink SPR 2juta
48. kes buku rekod SPR ade 8666 org umur lebih drpd 100
49. kes toll cheras mahkota
50. kes pak lah melancong 80 negeri di tempoh 4 tahun
52. kes facebook cuti-cuti mesia 1.8juta
53. kes minta komissen pd sykt tourism mesia
54. kes ng yen yen pergi melancong di NZ dgn suaminya RM244,000
55. kes Gerakan 1000juta kontrak tukar pelaburan 350juta - Motorola
56. kes bas statin runtuh di Terengganu
57. kes sekolah runtuh di Terengganu
58. kes UMNO hina Sultan natang di Terengganu
59. kes Khir Toyo bazir wang gomen, sekeluarga melancong Disney land dgn maid
60. kes buang 1000 bas masih ok, supaya membeli bas baru kat kroni
61. kes polis Minta DNA Anwar. DNA code nombor shj, kes tahun 1998 dulu, polis dah ade DNA code nombor Anwar. Ape sebab minta sperma Anwar lagi? utk masuk belakang?
62. kes kapal PSCI 24000juta
63. kes wira Ahmad Ismail kata Orang cina hanya tumpang di sini, UMNO gantung membershipnya 2tahun!
64. kes ISA tangkap repoter
65. kes Perak Umno beli org Dap utk runtuh gomen PR Perak
66. kes G20 blacklist mesia sebab mahligai lari tax
67. kes USCRI kata Mesia teruk - World Refugee Survey 2009
68. kes org mati di bangunan SPRM(MACC)
69. kes org mati di balai polis
70. kes-kes polis tembak rakyat
71. kes F1 bazir 1000juta tapi kalah teruk
72. kes hospital angkatan tentera 95
73. kes org filipino dpt IC Sabah
74. kes projek pakai mykad utk tambah petrol 70juta
75. kes 7500juta beli kereta perisai yg bernilai 3000juta shj (ikut harga pasaran)
76. kes NTV7 dpt amaran tak boleh jemput org PR utk program forum
77. kes Apco dpt projek 76juta
78. kes email 1 malaysia 50sen utk sebuah email
79. kes you help me, I help you
80. kes Utusan hina Islam
81. kes beli undi org asli di Sibu, Sarawak
82. kes utusan - Kristian Agama Rasmi?
83. kes Kuching jail 200juta
84. kes Sepang F1 Circuit rugi setiap tahun
85. kes Melaka Eye on Malaysia 23juta
86. kes Dewan Undangan Negeri Sarawak 300juta
87. kes Bank Islam banking scandal 700juta
88. kes Wang Ehsan from Trengganu Oil Royalty – 2004 -2007 7400juta
89. kes Petronas sponsor Philharmonic Orchestra 500juta
90. kes Menteri Pendidikan english utk Maths and Science 3200juta
91 kes SERENDAH INTERNATIONAL ORCHID PARK 15juta
92. kes skandal Bakun Sime Darby 2000juta
93. kes pasar dato keramat 38juta
94. kes Paya Indah Wetlands 88juta
95. kes bersih Sungai Segget, Bandaraya Johor Bahru 200juta
96. kes Kota Iskandar 1500juta
97. kes bina jalan sekenjang 0.5km 92juta
98. kes Sarawak International Medical Centre 400juta
99. kes Batu Burok Aquatic Complex 18juta
100. kes skandal Transmil 227juta
101. kes peminpin minum arak
102. kes sex skandal ex-menteri drpd MCA
103. kes istana baru 300juta jadi 800juta
104. kes sultan johor marah bab alam sekitar johor kotor sangat
105. kes ex-mb melaka pamelkan sex video di hotel sri cacorsa
106. kes meteri rogol maid
107. kes tentera curi enjin jet
108. kes org kaya beli rumah dpt 15% discount
109. kes Rasuah SPRM(MACC) : 1 Helai Talileher Berharga RM1,000
110. kes Asia Petrol Hub 1400juta
111. kes gomen rugi atau bazir 28000juta setiap tahun
112. kes peminpin kata pukul org india dulu sebelum pukul ular
113. kes Allah menyebabkan tempat sembahyang kena bakar
114. kes rogol di Baram Sarawak, tidak dipeduli
115. kes sianida di Raub, Pahang
116. kes nadir bumi di bukit merah, Perak
117. kes nadir bumi di kuantan, Pahang
118. kes 66,000 org asli tak dpt IC & tak blh undi
119. kes projek keretapi kos overrun 1100juta
120. kes beli 2nd hand keretapi 30juta
121. kes jalan
Sapulut-Kalabakan, Sabah 565juta
122. kes Istana Melawati, Putrajaya 90juta
123. kes
Tg Emas Marina, Muar 30juta
124. kes Kuala Kedah Marina, Kedah 23juta
125. felda pinjam wang kwsp utk pelaburan yg rugi 5000juta
126. Negeri Sembilam MB kirim 10juta tunai ke U.K.
127. Jalan Botanika Melaka 250meter 3.43juta
128.
Projek Pulau-pulau Tasik Kenyir 300juta
129. Putra Jaya Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru 41juta
130. Bangunan Kompleks Konko, Perlis 2juta
131. LITAR GO KART DISITA, Air Keroh Melaka. 9juta
132. Bangunan kanser negara 340juta jadi 700juta
133. Pintu Botanika Pinang 7juta
134.
Wisma Wanita 19juta
134. Ebara Corporation bakar projek 400juta
135. Projek e-kesihatan 103juta
136. Projek PULAU BUNTING,Kedah 70juta
137. Subsidi gas ke Kilang letrik 19000juta
138. Maltrade II tanah TTDI kpd NAZA 600juta
139. Skandal BMF 4000juta Carrian group. Pengurus BMF dibunuh.
140. Halal Hub 200juta
141. Boss Sykt Air gaji 6juta
142. Kolam berenang Terengganu 180juta
143. Kerusi di Komplek Bukit Jalil RM500 setiap unit
144. ICT overcharged 100juta
145. Labuan finance cetre 2000juta
146. Kes beli keretapi espanol 1800juta
147. Harga Proton Personal di Saudi cuma RM34,000, sini RM53,000
148. MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas yg terbengkalai di Linggi
149. MCA ex Boss(Ling) punya sykt Linksun Avenue hutang 2700juta
150. Hang Jebat Stadium 33juta
151. Projek Mykad RM1000juta
152. Projek LCCT 400juta
153. Wang penyimpan Tabung Haji dikhianati, rugi stanson bakery 90juta
154. KWSP rugi 300juta sebab Time cell
155. KWSP rugi 2000juta sebab RHB
156. Sime Bank rugi 1800juta
157. Felda tunai turun 2700juta
158. Perak 58b projek diserahkan kpd sykt dormant yg bernilai RM100
159. AP Abdul Gani Patail hapus bukti kes skandal 12000juta
160. Kantin Tentera Terendak Melaka kasi lauk pauk yg busuk kpd askar
161. Asrama tentera Lumut tidak dpt lulus QS
162. Asrama tentera Skulai jadi skandal
163. Airod ambik kommisen 5.70juta
164. Skandal kausar Corporation dpt tanah 600juta
165. RELA beli kain 16.5 juta
166. Skandal Tanah KTM 200juta
167. Skandal Amanah Saham Johor 300juta
168. Skandal curi Balak di Pahang 20juta
169. Skandal tanah Gerakan di Pinang 40juta
170. Skandal officer menteri pertahanan jual rasiah negara kpd luar negeri
171. Lugi hak milik Pulau Batu Putih di Johor kpd S'pore
172. Skandal sex di port dickson
173. ex MB N. Sembilan beli undi di undi rasmi UMNO
174. Harga kapal peronda 870% lebih mahal
175. Kroni Jual Air Mineral kpd MAS RM38 sekotak
176. Latihan Khidmat Negara ramai org maut & kena rogol
177. Kontrak pakaian & makanan Latihan Khidmat Negara jatuh di tangan Kroni
178. Utusan tulis Kristian Agama Rasmi dimuka pertama
179. Idris Jala kata Mesia akan bangkrap pd 2019
180. Anak perempuan MB Sarawak beli rumah mewah 30juta di Kanada
181. Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.
182. Perhimpunan sejuta belia - kos sehari 2juta jadi 27juta
183. Kos MRT 36b jadi 55b
184. GST akan dilaksanakan supaya rakyat jadi mangsa
185. Isteri pemimpin beli beg tangan hermes yg bernilai ribu-ribu
186. Skandal komissen wang kertas - 100juta
187. PAAB beli hutang bond Syabas sebanyak 6500juta
188. RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana di Putrajaya
189. Rumah Najib TNB bil RM5,000 setiap hari !
190. Perkosa kata 513 yg ke-2 akan berlaku pd 9 July 2011 & nak blok jabatan Pulau Pinang pd hari tu

Untuk Majlis Fatwa Kebangsaan

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
(Al-A'raaf 7:175)

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
(Al-A'raaf 7:176)

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.
(Al-A'raaf 7:177)

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah s.w.t (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah s.w.t (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
(Al-A'raaf 7:178)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah s.w.t), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah s.w.t) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)

Dan Allah s.w.t mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-A'raaf 7:180)


Kisah dari ayat

Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.

Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya.

Menurut ulama tafsir yang diambil dari ‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengisahkan:,

Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam datang ke Kan’aan bersama para pengikutnya, para kerabat dan sepupu Bal’am datang menemui Bal’am lalu berkata: “Musa itu orang yang tiada tolak ansur dan mempunyai pasukan yang besar. Kalau dia menang tentulah dia akan memusnahkan kita. Maka doakanlah kepada Allah agar Dia menjauhkan Musa beserta pasukannya.”

Kata Bal’am: “Sesungguhnya, jika aku berdoa kepada Allah agar menghalau Musa dan orang-orang yang bersamanya, tentulah dunia dan akhiratku hilang.”

Tapi mereka terus menerus memujuknya hingga diapun menuruti permintaan mereka. Dikisahkan, setiap kali dia mendoakan keburukan terhadap Nabi Musa dan pasukannya, maka doa itu menimpa Bal’am dan orang-orang yang memujuknya. Begitulah seterusnya, wallahu a’lam.

Menyedari hal itu, merekapun menegurnya, mengapa dia mendoakan keburukan terhadap mereka?

“Begitulah, setiap aku mendoakan keburukan buat mereka(Musa dan pengikutnya) tidak dikabulkan doaku. Tapi aku akan tunjukkan kepada kamu satu hal yang semoga saja dapat menjadi sebab kebinasaan mereka. Sesungguhnya Allah membenci perzinaan, dan kalau mereka jatuh dalam perbuatan zina, nescaya mereka pasti binasa, dan aku berharap Allah menghancurkan mereka. Maka keluarkanlah para wanita menemui mereka. Kerana mereka itu para musafir, mudah-mudahan mereka terjerumus dalam perzinaan lalu binasa.”

Setelah sebahagian besar mereka terjerumus dalam perbuatan zina, Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan wabak tha’un sehingga menewaskan 70 ribu orang dari mereka.

Pendek cerita, Bal’am pun tersungkur di pintu syurga dek diperdaya oleh syaitan walaupun berilmu tinggi.

PERUMPAMAAN ULAMA’ JAHAT DENGAN ANJING

As suddi berkata bahawa ayat itu merujuk kepada Bal’am yang ‘menjelir lidahnya’ selepas kesesatan beliau sebagaimana menjelirnya anjing. Dan tafsiran perumpamaan ini di sisi kebanyakan ahli ilmu tafsir secara umumnya merujuk kepada setiap orang yang mengetahui al Qur’an tetapi tidak beramal dengannya. Sesetengah pendapat(lemah) merujuk kepada orang munafik. Pendapat yang pertama lebih benar.

Begitu juga pendapat Mujahid tentang ayat ini; “Begitulah keadaan sesiapa yang membaca al Qur’an tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.”

Sesetengah ulama pula menyebutkan bahawa ; “Inilah seburuk-buruk perumpamaan. Kerana sesungguhnya Allah menyamakan orang sebegitu yakni yang dikalahkan oleh hawa nafsunya sehingga ia tidak mampu mengawal dirinya daripada mendapat mudarat mahupun manfaat dengan seekor anjing yang sentiasa menjelir lidah.”

Allah membuat perumpamaan orang-orang yang mengambil ‘rasuah’ dalam agama dengan anjing yang sentiasa menjelir lidahnya. Betapa hinanya perlakuan mereka yang tahu ayat Allah tetapi sanggup menggadaikannya dengan mata benda dunia yang sedikit.

Harta, pangkat, kedudukan dan wang ringgit yang mereka ambil daripada penguasa yang zalim tidak bernilai sedikitpun di sisi Allah. Mereka menjadi golongan yang hina sehina-hinanya kerana menyembunyikan kebenaran al Qur’an - ibnuabbas

sumber: http://tulahan.blogspot.com/2011/08/kisah-balam-ibnu-baura-seorang-ulama.html

itulah dia kisah seorang wali jahat yang telah dilaknat Allah s.w.t, bukan sebarang wali ibnu bal a'am ni, wali besor tu, ustaz Azhar ceriter, wali bal a'am ni, bile die pandang langit nampak terus ke lauh mahfuz, satu tulisan di papan lauh mahfuz die boleh bace, tapi sebab kesesatannya, Allah s.w.t campakkan dia ke dalam api neraka

wallahualam

wassalam